Wednesday, February 25, 2009

Satu Semester yang berlalu...

Masa terus bergerak meninggalkan yang terleka.

Sedar tak yang kita telah menghampiri ke penghujung semester. Hem...sekarang musim nak pulang kampung, jadi pesanan utama dari ana wakil, irkss 08/09,

-Berhati-hati di jalan raya.

Apa pun, nak kongsi sedikit pengalaman, ana kalau pulang mesti buat jadual. Nak tahu kenapa?
sebabnya, setiap kali pulang,kalu tiada jadual, ana pasti buang masa begitu saja. he he

itu ana...antum bagaimana?

So, sekurang-kurangnya, kita dapat hadkan pembuangan masa kita. Kurangkan penghasilan tahi mata, dan gandakan tenaga dalam perkara yang bermanfaat.

Yalah, pelajar Ilmu Wahyu, takkanlah nak buang masa begitu saja , kan?
Kita ada tanggungjawab yang amat besar di hadapan sana , takkan tak sedar lagi?:(...

Pernah tak dengar, golongan agama yang melemahkan agama itu sendiri? Ana tujukan pesanan ini untuk ana sendiri khususnya, dan juga antum sekalian.

Sebagai pelajar Ilmu Wahyu, kita harus berada di hadapan, mempunyai jati diri yang jitu, matlamat yang jelas. Jangan kerana antum tidak yang tidak pernah mengahrapkan dapat kos Ilmu Wahyu ini , seterusnya sewenang-wenangnya menconteng arang di muka semua pelajar yang mengambil kos ini dengan ikhlas.

Sebenarnya, pasti ada hikmah kenapa antum mendapat kos ini. Tapi, hikmah itu di cari , bukan untuk di tunggu.

Kali ini, post ini agak keluar dari konsepnya kerana hanya sebagai tazkirah untuk kita semua. Atau lebih kepada muhasabah.

jadi, wahai sahabat sahabiah semua...

Jangan kita mengelak lagi, hadapilah kenyataan..kita pelajar Ilmu Wahyu, yang bakal memartabatkan Kalimatullah di muka bumi ini...Bukalah minda, jangan biar diri masih bermain di bayangan masa yang sebenarnya telah jauh meninggalkan kita...

Hanya sekelumit pandangan dari ana...insan lemah.

Mungkin kita boleh berkongsi lagi...silakan...

1 comment: