Tuesday, December 1, 2009

salam aidiladha..

buat semua pengunjung blog IRKSS ..terima kasih kerana mengunjungi blog ini..insya ALLAH selepas ini blog ini kan dipenuhi dengan pengisian yang sepatutnya sementara menanti laporan dari setiap lajnah dalam biro2 IRKSS..

Buat pengunjung yang bukan mengambil kos IRKHS ni..bukan satu halangan untuk membaca blog ini kerana ia adalah umum..dan untuk tatapan semua..=)

Doakan kami semua isiqamah..dengan perjuangan ini..wasalam..

Sunday, July 12, 2009

bengkel penulisan

BENGKEL PENULISAN,

SATU AGENDA YANG akan kita langsungkan buat pencinta dunia penulisan islam, kita akan mengadakan bengkel penulisan dalam bulan ogos nanti...bengkel ini bertujuan untuk menambah pengetahuan dari segi teknik penulisan islamik dan dapat menjalankan dakwah secara berkarya..

Sebarang pertanyaan, tanya...ziemmah@gmail.com, syukran!

Ex- IRKSS DNT HEAD COM ASSIST,
Azimah.

Wednesday, July 8, 2009

Mesyuarat Terakhir Untuk Tenure 2008/2009 IRKSS

Suasana diselubungi sepi...

Saat menunggu begitu menyiksakan. Akhirnya kami memulakan mesyuarat dengan baik alhamdulillah...

Laporan Demi laporan disampaikan...dalam keadaan yang bersemangat dengan tidak ...kami semua berusaha untuk merancakkan semula suasana. Dan apabila tiba laporan SISTER's DAY kami masing-masing mempertahankan pendapat dan melontarkan idea-idea yang berkenaan untuk menghidupkan suasana dan untuk memastikan program ini berlangsung juga walaupun Program Manager tak ada...kalau masih ingat ZATI BAYANI MOHD JAAFAR..

Apa yang ana dapat simpulkan ...sebelum ana keluar daripada bilik meeting untuk menghadiri satu lagi meeting Fasilitator..pengerusi dan yang lain-lain mainboard yang hadir masih semangat untuk meneruskan mesyuarat tanpa ana.

Alhamdulillah, semoga adalah yang bertambah baik lepas ni, dari IRKSS sendiri...
Ana berpuas hati sebab, mainboard sudah bersedia untuk melaksanakan beberapa program sebelum melangkah meninggalkan CFS NILAI..


Ini laporan darri ana seorang...harapnya adalah pengumuman yang lebih detail lagi selepas ni..=)

Wednesday, June 24, 2009

Pemilihan Bakal Pemimpin IRKSS 09/10

assalamualaikum...buat sekalian sahabat sahabiah dan adik2, kakak2 member IRKSS, bukan senang nak membangunkan sesebuah empayar jika kita hanya berangan-angan kosong.

Apa yang IRKSS perjuangkan sekarang adalah untuk membangunkan modal insan yang berkualiti dan mampu memikul tanggungjawab untuk menaikkan nama Islam sendiri dan memartabatkan Ilmu Dinniyyah. Walau tidak di nafikan kebanyakkan memilih untuk menguasai Ilmu duniawi daripada Ilmu Ukhrawi.

Kita tinggalkan golongan ini, kita fokuskan pada pelapis pejuang yang sedia ada. Bukan mudah untuk mencari pelapis yang berwibawa dan memiliki kebolehan dan kemampuan untuk meneruskan perjuangan IRKSS ini,bahkan memerlukan satu proses pemilihan yang agak kompleks. Ana melihat ini sebagai satu kesungguhan bakal mantan IRKSS untuk memastikan langkah yang telah diorak tidak terbantut ditengah jalan dan hanya seperti angin lalu.

Setakat ni, beberapa orang telah dipilih dan pilihan ini bukan atas pilihan hati seseorang secara individu tetapi secara syura, yakni perbincangan bersama antara bakal mantan.

Diharap pemilihan kali ini, akan menjadikan perjalanan IRKSS sebagai medium dakwah akan terus bergerak lancar supaya nama ISLAM akan dapat di julang tinggidi bumi NILAI ini!

Buat adik yang terpilih, kami bukan sengaja nak bagi taklifat ini, tetapi kami hanya menjadi perantaraan antara kalian dengan ALLAH SWT. Kita sememangnya KHALIFAH di bumi ALLAH...cuma di mana dan bila kita tidak tahu, dan mungkin inilah flatform adik untuk mengasah bakat KHALIFAH di dalam diri adik itu...

Kami semua mengucapkan tahniah dan takziah untuk semua adik yang terpilih, ingatlah jawatan bukan satu yang perlu dibanggakan, bahkan, rendahkan lah hati dan beristighfarlah atas perlantikan ini, tapi jangan tolak apabila ia keputusan syura...Kerana kita takut tempat adik akan di ganti oleh insan yang kurang bersedia dan akan menyebabkan mudharat yang lebih besar pada ISLAm. Terimalah taklifat ini seikhlas mungkin, dan jangan lupa bergantung harap pada ALLAH SWT dalam semua urusan.

Niat kitalah yang akan menetukan hasil gerak kerja kita. Akak yakin adik2 akak boleh. Siapakah yang ingin membantu agama ALLAH bersama kami? Bilamana adik berkata "kami akan membantu.." , Berpeganglah kepada kata2 itu dan ...LaKUKAN YANG TERBAIK!

Takbir!

Friday, June 19, 2009

Salam AGm

Alhamdulillah semalam telah dilakukan pemilihan buat memilih bakal2 pemimpin IRKSS yang baru ...Apa yang Kami harapkan, dari pihak Boro Dakwah agar pemilihan kali ini dapat mencari pengganti yang boleh menenruskan perjuangan dakwah di bumi Nilai dengan lebih giat lagi...

Adalah diakui Dakwah IRKSS melalui society ini agak slow mungkin kerana kelemahan pihak kami juga. Tapi, kami tidak mungkin bergerak maju tanpa sokongan para sahabat IRK yang lain...

Semoga selepas ini, dengan wujudnya ning.com , duniairkss..bolehlah di bincangkan apa yang sepatutnya ahli IRKSS boleh sumbangkan untuk ISLAm di NILAI khasnya..

AGM akan di adakan dalam minggu depan. Sama-sama melakukan solat hajat agar pemimpin yang bakal naik mampu dan mantap dari semua aspek..AMIN, TAKBIR!

Monday, April 13, 2009

hakikat Mahasiswa?

Assalamualaikum...

sedih lihat blog ni belum diupdate2 lagi...
tapi apa yang pasti...sebagai mahasiswa kita mempunyai tanggungjawab yang samgat besar dan banyak...

mungkin sebab itu...blog ini tidak diupdate2...huhu

Mahasiswa, kalau mahu pastikan diri kita berkualiti...tak pe...ni pengisian untuk kita...

Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan daripada manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang da’ie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna. Sifat-sifat yang perlu ada pada diri ialah:

1) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

Dakwah adalah berat pada tanggungjawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang da’ie itu tubuh badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya:
"Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan."

Kita juga hendaklah sentiasa memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan atau minum suatu yang boleh dan diketahui merosakkan badan.

2) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw. Telah dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan seorang da’ie iaitu bersifat sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.

3) Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)

Seorang da’ie perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya di samping perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis serta ulama’ yang thiqah. Pesan Imam Banna:
"Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi."

Selain itu, seorang da’ie perlu mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, sentiasa mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

4) Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)

Seorang da’ie walaupun kaya, perlu bekerja. Dia juga tidak boleh terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan. Dalam keadaan tertentu, meletakkan jawatan dan meninggalkan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan yang diterima. Selain itu, dia hendaklah sentiasa melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan). Dalam soal kewangan, menjauhi riba dalam semua lapangan, menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran dan memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan.

5) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)

Seorang da’ie semestinya redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Sentiasalah muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir. Di samping itu, jangan dilupakan tugas menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

6) Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)

Seorang da’ie perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya, perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram dan tidak melampau atau berkurang (pertengahan) atau dengan kata lainnya bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupannya.

7) Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)

Seorang da’ie perlu mempunyai azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam di samping tidak menghiraukan apa orang lain kata dalam mempraktikkan Islam yang sebenarnya. Perlulah diingatkan bahawa dai'e mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

8) Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)

Sentiasa beringat bahawa waktu, nilainya lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula. Mengimbau kembali sejarah di zaman dahulu, para sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.

9) Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)

Untuk manfaatkan waktu dengan baik, maka timbulnya keperluan kepada penyusunan dalam segala urusan. Gunakanlah segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

10) Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)

Da'ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain. Da'ie adalah penggerak kepada dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup dan terkuburnya Islam bergantung kepada da’ie. Amal Islam seorang da’ie ialah untuk menyelamatkan orang lain daripada kesesatan. Da'ie akan sentiasa merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

Monday, March 30, 2009

tazkiyatun Nafsi

Tazkiyah An Nafs
PENGENALAN TAZKIYATUN NUFUS
Posted by irkss_08/09
Sesiapa pun yang memperhatikan gelagat manusia pada saat ini, niscaya akan dapat melihat banyak perkara yang menghairankan. Yakni, kebanyakan manusia menaruh perhatian yang lebih kepada perkara lahiriyah. Pada masa yang sama, mereka juga lalai dari kebutuhan batiniyah. Lebih mudah untuk dijelaskan, manusia dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian.


Bahagian pertama, manusia yang hatinya mati dan beku. Bahagian kedua, hatinya sakit, keras dan kaku. Adapun bahagian yang ketiga, hatinya hidup, namun keruh dan layu. Disebabkan perkara inilah, terbitnya artikel tentang kebersihan hati dan penyucian jiwa menurut manhaj Ahlus Sunnah Wal Jama'ah.


Jadi, marilah kita bersama menyingkap makna yang terselindung di sebalik istilah tazkiyatun nufus secara benar dan menyeluruh. Pada awal perbahasan ini, akan dijelaskan definisi dan
dalil-dalil yang menyeru kepada tazkiyatun nufus di dalam kehidupan kita seharian. Dalam slot ini nanti akan dijelaskan bagaimana tazkiyatun nufus yang dituntut oleh Allah dan Rasul-Nya.

Definisi Tazkiyatun Nufus

Tazkiyah

Menurut bahasa ianya bererti suci, berkembang dan bertambah. Akan tetapi, apa yang sebenarnya dimaksudkan di sini ialah pembaikan dan penyucian jiwa melalui jalan ilmu yang bermanfaat, amal shalih, mengerjakan segala yang diperintah dan meninggalkan segala yang dilarang.
Nabi telah menjelaskan makna tazkiyan nufus dengan sabdanya yang bermaksud:
“Tiga perkara, barangsiapa yang mengerjakannya, akan merasai kelazatan iman. Iaitu
(pertama), seseorang yang menyembah Allah semata-mata, tiada sembahan yang hak, kecuali hanya pada-Nya.

(Kedua), orang yang membayar zakat hartanya setiap tahun dengan jiwa yang rela, tidak membayarkannya dengan (haiwan) yang sudah tua, tidak yang kurus, dan tidak pula yang sakit, tetapi membayamya dengan pertengahan hartanya, kerana Allah tidak meminta darimu harta yang terbaik dan tidak memerintahkan dari harta yang jelek, dan,

(Ketiga), orang yang menyucikan dirinya.

Maka seseorang bertanya, "Apakah tazkiyatun nufus itu?" Beliau menjawab, "la mengetahui (meyakini), bahwa Allah selalu bersamanya di mana pun ia berada." (HR. Thabrani dalam As- Shagir dan Baihaqi dalam Sunan. Dishahihkan oleh Al Albani dalam As-Shahihah,1046)

Berdasarkan hadith di atas, Nabi Muhammad s.a.w. telah menyatakan bahawa tazkiyatun nufus merupakan salah satu dari tiga perkara yang dapat menghadirkan kelazatan iman. Baginda menafsirkannya dengan martabat Ihsan iaitu menyembah Allah berdasarkan keyakinan, bahawa Allah selalu melihat dan mengetahui segala rahsia dan kenyataan, mengetahui zahir bahkan yang batin. Tidak ada satu perkara pun yang tersembunyi daripada pengetahuan Allah s.w.t.


Dalil-dalil mengenai Tazkiyatun Nufus


1. Allah telah bersumpah bahawa kesalihan dan keberuntungan hamba itu, bergantung kepada tazkiyatun nufus. Allah berfirrnan:

“Dan demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaannya), Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaan, sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwanya, dan rugilah mereka yang mengotorinya” (QS Asy Syams: 7 - 10).

“Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri (dengan beriman), dan mengingati nama Rabbnya, lalu bersembahyang” (QS Al A'la: 14-15).

2. Tazkiyatun nufus merupakan salah satu tugas pokok para nabi.

Sebagai contoh, ketika Nabi Musa a.s. berdakwah kepada Fir'aun, baginda berkata kepadanya:
“Adakah kamu ingin untuk membersihkan diri (dari kesesatan). Dan kamu akan ku pimpin ke jalan Rabbmu, agar kamu takut kepada-Nya?” (QS An Nazi'at: 18 -19).

Dan Allah juga telah berfirman tentang Nabi Muhammad s.aw.:

“Dia-lah yang mengutuskan kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul dari kalangan mereka, yang rnembacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, menyucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (As-Sunnah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar berada dalam kesesatan yang nyata” (QS Al Jumu'ah: 2).

3. Tazkiyatun nufus menjadi syarat untuk meraih darjat yang tinggi dan kenikmatan abadi.
Allah berfirman:

“Dan barangsiapa datang kepada Rabbnya dalam keadaan beriman, dan benar-benar telah beramal shalih, maka mereka itulah orang-orang yang memperoleh ternpat-tempat yang tinggi (mulia). (Iaitu) surga 'Adn yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya. Dan demikianlah balasan bagi orang yang bersih (dari kekafiran dan kemaksiatan)” (QS Thaha: 75 - 76).

4. Tazkiyatun nufus merupakan salah satu hajat utama yang diminta Rasulullah.

Dalam do'anya, Rasululah mengatakan:

“Ya Allah, berikanlah ketaqwaan dan sucikanlah diriku ini, sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik Dzat yang mampu menyucikannya, dan Engkaulah Penolong dan Tuannya” (HR Muslim. 2722).


Manhaj Yang Shahih Dalam Tazkiyatun Nufus
Perlu diingat, bahwa tazkiyatun nufus hanya dapat diraih melalul jalan syari'at, jalan yang diajarkan oleh para rasul.


Ibnul Qayyim mengatakan: "Tazkiyatun nufus itu lebih sulit dan lebih rumit dibandingkan dengan perawatan dan pengobatan badan. Barangsiapa berusaha mensucikan dirinya dengan jalan riyadhah, mujahadah dan khalwat yang tidak diterangkan oleh Rasul, maka perumpamaannya bagaikan orang sakit yang ingin mengobati dirinya dengan pendapatnya sendiri.”

Bagaimana bisa pendapatnya akan sesuai dengan ilmu seorang dokter? Para rasul adalah dokter hati dan jiwa. Maka tidak ada jalan untuk kesucian jiwa dan keshalihan hati, kecuali dengan melalui jalurnya, lewat bimbingannya dengan penuh ketundukan dan kepasrahan kepadanya. 4
I
bnul Qayyim juga mengatakan: “Adapun badan yang bersih, adalah badan yang suci karena taat kepada Allah. Dagingnya tumbuh dari makanan halal dan minuman halal. Manakala badan terbebas dari unsur haram, dan kotoran-kotoran yang dilarang oleh akal, agama dan kehormatan, dan jiwa suci dari ikatan-ikatan dunia. maka bersihlah tanah hati, siap menerima benih ilmu dan ma'rifat.


Jika setelah itu disirami dengan air riyadhah syar'iyyah yang diwariskan oleh Nabi Muhammad, yaitu riyadhah yang tidak keluar dari ilmu, tidak jauh dari kewajiban dan tidak menelantarkan sunnah, maka hati (pasti) menumbuhkan tanaman yang indah menawan, dari jenis ilmu, hikmah dan faidah."


Wasilah Tazkiyatun Nufus
Tazkiyatun nufus sesuai manhaj nabawi, bisa dicapai dengan berbagai macam ibadah kepada Allah. Yang terpenting diantaranya ialah:


1. Tauhid
Merealisasikan tauhid merupakan jalan terbesar dan terpenting untuk tazkiyatun nufus. Allah berfirman,


"Bahwasanya aku hanyalah seorang manusia seperti karnu, diwahyukan kepadaku bahwasanya Rabb kamu adalah Rabb Yang Maha Esa, maka tetaplah pada jalan yang lurus menuju kepadaNya, dan mohonlah ampun kepadaNya. Dan kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang mempersekutukan(Nya), (yaitu) orang-orang yang tidak menunaikan zakat dan mereka kafir akan adanya (kehidupan) akhirat” (QS Fushshilat: 6 - 7).


Kebanyakan mufassir (para ahli tafsir) dari kalangan salaf maupun orang-orang sesudahnya mengatakan bahwa yang dimaksud dengan kata zakat dalam ayat di atas ialah tauhid: syahadat "La Ilaaha Illallah" dan Iman; yang dengannya, hati menjadi bersih. Karena tauhid itu menolak adanya Tuhan dan sesembahan selain Allah dari hati. Yang demikan itu merupakan pangkal kesuciannya. Adapun penetapan uluhiyyah Allah dalam hati, ialah pangkal hidup dan berkembangnya hati. 6


Allah dalam ayat di atas menyebut tauhid dengan istilah zakat sehagaimana Allah menyebut syirik dengan najis. Allah berfirman:


“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, Maka janganlah mereka rnendekati Masjidil Haram sesudah tahun ini. Dan jika kamu khawatir menjadi miskin, maka Allah nanti akan memberikan kekayaan kepadamu dari karuniaNya, jika Dia menghendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Iagi Maha Bijaksana.” (QS At Taubah:28).


Ibnul Qayyim mengatakan: "Tauhid adalah sesuatu yang paling lembut. halus, bersih, dan jernih. Maka, kotoran yang sekecil apapun dapat membuatnya keruh dan mempengaruhinya. la bagaikan kain putih yang sangat sensitif terhadap kotoran sekecil apapun. la Juga bagaikan cermin yang sangat bersih, benda yang paling kecilpun dapat mpengaruhinya..." 7


Adapaun syirik, maka ia adalah najis yang paling najis, paling kotor dan paling jijik. 8

Tauhid adalah zakat. la menumbuhkembangkan amal-amal shalih dan memberkatinya.
Ketaatan yang dilakukan dengan ikhlas karena Allah, pahalanya sangat besar dan digandakan. 9
Adapun syirik, maka ia adalah penghapus semua amal ibadah dan mengakibatkan kekekalan di dalam neraka jahannam. Lagi pula syirik menyebabkan kehinaan dan kenistaan, sebagaimana firman Allah:

“Janganlah kamu adakan tuhan yang lain disamping Allah agar kamu tidak menjadi tercela dan tidak ditinggalkan (Allah)." (QS AI Isra: 22).

Artinya ia tercela, tidak ada yang memuji. Dan ia terhina, tidak ada yang menolong. 10


2. Shalat

Rasulullah bersabda:
"Beritahukanlah kepadaku. seandainya ada sungai di depan pintu salah seorang kamu, lalu ia mandi di dalamnya setiap hari lima kali, apa pendapatmu, apakah ia masih menyisakan kotoran padanya?"

Mereka menjawab,
"Dia tentu tidak menyisakan sedikitpun dari kotorannya.'
Beliau bersabda,

"Demikian itulah perumpamaan shalat lima waktu. Dengannya Allah menghapus dosa-dosa." 11

Ibn Al Arabi mengatakan,

“Persamaan dari perumpamaan tadi ialah sebagaimana ia ternodai dengan kotoran-kotoran yang bersifat materi di pakaian dan badannya. Dan hal itu dapat
disucikan oleh air yang melimpah. Demikian Juga shaiat lima waktu, ia membersihkan pelakunya dari noda-noda dosa hingga tidak tersisa sedikitpun. 12

3. Bersedekah

Allah berfirman:

“Ambillah zakat dari sebagian harta mereka. Dengan zakat itu, kamu membersihkan dan mensucikan mereka. dan berdo'alah untuk mereka. Sesungguhnya do'a kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS At Taubah:103).

Ibn Taimiyah berkata: “Sesungguhnya zakat itu mengharuskan adanya thaharah. Firman Allah "Khudz min amwaalihim shadaqatan tuthahhiruhum" adalah membersihkan dari keburukan-keburukan, sedangkan "wa tuzakkiihim" adalah menyucikan dengan amal-amal kebajikan.

Firman Allah "Khudz min amwaalihim shadaqatan" menunjukkan, bahwa amal kebajikan ltu bisa men-tathhir (membersihkan) dan men-tazkiyah (menyucikan) jiwa dari dosa-dosa yang telah lalu, karena firman tersebut diucapkan setelah flrmanNya "Dan ada pula orang-orang lain yang mengakui dosa-dosa mereka". Jadi taubat dan amal shalih merupakan tangga untuk menggapai tathhir dan tazkiyah.” 13
Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya sedekah itu adalah kotoran-kotoran mnnusia yang mereka sucikan dari diri mereka,” 14

Ketika Al Abbas meminta kepada Rasuiullah agar la ditugaskan untuk mengurusi sedekah (zakat), beliau bersabda, "Aku tidak akan menugaskan anda untuk mengurusi cucian dosa manusia." 15


4. Meninggalkan semua yang diharamkan.

Dalam masalah ini, Ibn Taimiyah berkata, "Jiwa dan amal tidak bisa suci, hingga dihindarkan dari hal-hal yang bisa menentangnya. Dan seseorang itu tidak berslh, kecuail dengan meninggalkan yang buruk; karena ia mengotori jiwa dan menggelapkannya.
I
bn Qutaibah berkata, Firman Allah ''Wa qad khaaba man dassaahaa'', artinya orang yang mengotori hatinya dengan kefasikan-kefasikan maksiat, orang yang fajir itu telah menghancurkan jiwanya, dan menenggelamkannya. Sedangkan pelaku perbuatan ma'ruf, ia telah mengangkat dan meninggikan pwanya," (Majmu' Fatawa 10/629.10/188).


Ibn Taimiyah berkata, "Sesungguhnya, zakatnya hati tergantung pada kebersihannya, sebagaimana zakatnya badan tergantung pada pembersihannya dari unsur-unsur dan hal-hal yang jelek dan rusak.
Allah berfirman,

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syetan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syetan, maka sesungguhnya syetan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar. Sekiranya tidaklah karena kurnia AIlah dan rahmatNya kepada kamu sekalian, niscaya tidak seorangpun dari kamu bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendakiNya. Dan Allah Maha Mendengar iagi Maha Mengetahui (QS An Nur: 21).


Allah menyebutkan hal itu setelah penyebutan haramnya zina. menuduh zina dan menikahi pezina. Demikian ini membuktikan, bahwa cara memberslhkan jiwa ialah dengan meninggalkan semua larangan tadi. 16


Allah juga memerintahkan agar menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Semua itu demi tazkiyatun nufus.


Allah berfirman, Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya: yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat". (QS An Nur:30).
Meninggalkan perkara-perkara keji dan kotor yang nampak maupun yang tersembunyi adalah bersih dan suci; sebagaimana syari'at menyebut dosa itu keji; seperti zina dan homo sebagai perkara yang najis, kotor dan jorok.


Allah berfirman, “Dan kepada Luth, Kami telah berikan hikmah dan ilmu, dan telah Kami selamatkan dia dari (adzab yang teiah menimpa penduduk) kota yang mengerjakan perbuatan keji. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang jahat lagi fasik.” (QS AI Anbiya': 74).


Kaum homo berkata: Usirlah Luth beserta keluarganya dari negerimu; karena sesungguhnya mereka itu orang-orang yang (mendakwakan dirinya) bersih. (QS An Naml: 56).


Jadi, meskipun kaum homo itu melakukan syirik dan kufur, akan tetapi mereka tetap mengakui bahwa diri mereka kotor dan najis. Adapun Nabi Luth dan keluarganya adalah orang-orang yang suci, karena membersihkan diri dari perbuatan keji.


Allah juga berfirman, “Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (Surga).” (QS Nur: 26)


Dalam ayat ini, Allah menyebut pezina laki-laki dan permpuan, atau para pelacur dan para PSK (pekerja seks komersial) disebut dengan gelar khabitsatun dan khabitsat (orang yang kotor, hina dan rendah).
Rasulullah bersabda,

“Barangsiapa melakukan sesuatu dari perkara-perkara kotor ini, maka sembunyikanlah dengan perlindungan Allah. Karena, barangsiapa memperlihatkan lembaran (dosa) nya, maka kami pasti akan menegakkan hukum Allah atasnya. 17

Sebagai penutup dari tema tazkiyatun nufus ini, akan dijelaskan cara mensucikan jiwa yang sangat ampuh
dan cukup dikenal, yaitu muhasabatun nufus (introspeksi diri). Bagaimana pembahasan, pembagiannya serta mutiara-mutiara hikmah dari para ulama' mengenai muhasabah?

Muhasabatun nufus (Introspeksi diri)

Kesucian dan kebersihan jiwa tergantung pada muhasabahnya. Al Hasan Al Bashri berkata,
Sesungguhnya, orang mukmin itu -demi Allah- kamu tidak menyaksikannya, kecuali sedang mengawasi dirinya sendiri.

Apa yang saya maksudkan dengan ucapan ini? Apa yang saya inginkan dengan makan ini? Apa yang saya inginkan dengan masuk ke sini atau keluar dari sini? Apa urusan saya dengan ini? Demi Allah, saya tidak kembali kesini? atau sejenis ucapan ini..." Maka dengan muhasabah seseorang itu bisa mengetahui aib dan kekurangannya, hingga ia mampu berusaha dalam memperbaikinya. 18

Muhasabah ada dua macam

* Muhasabah sebelum beramal.
Yaitu berpikir dan merenung ketika ada kehendak dan semangat; dan tidak segera beramal, kecuali setelah menjadi jelas keutamaannya dibanding dengan meninggalkannya.


* Muhasabah setelah selesai beramal.
Ini meliputi,
- Muhasabah mengenai ketaatan yang belum dikerjakan secara sempurna.
- Muhasabah mengenai perbuatan yang sebaiknya ditinggalkan (tidak dikerjakan)
- Muhasabah mengenai perkara mubah / biasa, mengapa mengerjakannya? Apakah hal itu dimaksudkan untuk Allah, kehidupan akhirat, ataukah dunia? 19


Sesungguhnya pemerhati masalah ini melihat adanya kelalaian dan banyak kekurangan pada diri kita dalam muhasabah an nufus. Bahkan banyak di antara kita yang sibuk dengan aib orang lain; suatu perbuatan yang melahirkan sikap 'ujub (takjub dengan diri sendiri), kibr (merasa besar sendiri, sombong), dan ghurur (tertipu dengan diri sendiri).


Sebagian salaf berkata, Engkau tidak akan menjadi faqih (orang yang mengerti) sebenar-benarnya sebelum kamu membenci (aib yang ada pada) manusia karena Allah, kemudian kamu merefleksikan pada dirimu sendiri, hingga kamu lebih membencinya. 20


Karena kelalaian kita dalam muhasabah an nufus ini sangat nampak, maka perlu kami sebutkan nukilan perkataan para ulama berikut ini.

Umar Al Faruq berkata, Cukuplah dosa seseorang, apabila aib yang ada pada seseorang menjadi jelas baginya. Sementara ia tidak tahu, bahwa aib itu ada pada dirinya sendiri, dan ia membenci orang-orang karena itu. 21
Hasan Bashri (110H) berkata,

Wahai putra Adam, kamu tidak akan menggapai hakikat iman, sehingga kamu tidak mencela orang lain dengan aib yang juga ada pada dirimu, hingga kamu mulai mengobati aib tersebut dari dirimu. Jika kamu sudah melakukan hal itu dalam dirimu, maka kamu tidaklah memperbaiki suatu aib, melainkan kamu mendapatkan aib lain yang belum kamu perbaiki. Jika kamu telah melakukan hal itu, maka kesibukanmu adalah mengurusi dirimu sendiri. Sesungguhnya hamba yang paling dicintai oleh Allah adalah yang seperti itu. 22

Rabi' Ibn Khutsaim (wafat sebelum tahun 65H) ditanya,


"Mengapa kamu tidak menyebut manusia?" Ia menjawab, "Saya belum rela dengan seluruh yang ada pada diri saya, sehingga saya tidak punya waktu luang untuk menggunjing orang lain. Sesungguhnya manusia itu takut kepada Allah tentang dosa-dosa orang lain, sedangkan mereka tidak merasa takut atas dosa-dosanya sendiri. 23


Maimun Ibn Mihran (wafat 117H) berkata, Seseorang tidak masuk golongan muttaqin, hingga ia mengevaluasi dirinya sendiri lebih detail daripada mengevaluasi mitra (sekutu) nya (dalam usaha), sehingga ia tahu dari mana makanannya, dari mana pakaiannya, dari mana minumannya, apakah dari halal ataukah haram. 24


Aun Ibn Abdillah (wafat 117H) berkata, Saya kira, setiap orang yang sibuk dengan aib orang lain ialah dikarenakan ghaflah, lalai dari dirinya sendiri. 25


Bakr Ibn Abdillah (wafat 108H) Al Muzani berkata, Jika kamu melihat seseorang sibuk mengurusi aib orang lain dan merupakan aibnya sendiri, maka pastikan bahwa ia telah tertipu. 26


Sariy As Saqathi (253H) berkata, "Termasuk pertanda istidraj (diulur-ulur adzab untuknya), yaitu buta dari aibnya sendiri." 27


Abu Utsman Al Hiri (wafat 298H) berkata, Rasa takut dari Allah akan mengantarkanmu kepadaNya, sedangkan 'ujub akan memutuskanmu kepadaNya, sedangkan menganggap manusia rendah dalam dirimu, merupakan penyakit yang tidak terobati. 28


Ahmad Ibnu Ashim Al Anthaki (wafat 230-an) berkata, "Sikap shidq (jujur) yang paling bermanfaat, yaitu pengakuan kepada Allah tentang aib-aibmu." Kemudian dia berkata, "Tutuplah jalan 'ujub dengan mengenal dirimu." 29


Demikian baris-baris hikmah ini, semoga Allah mensucikan diri kita, karena Dialah sebaik-baik yang mensucikan. Dialah pemiliknya dan Tuannya.



Catatan Kaki
...1 Lihat Tafsir Ibn Katsir, 3/156.
...2 HR. Thabrani dalam Ash Shagir dan Baihaqi dalam Sunan. Dishahihkan oleh Al Albani dalam Ash Shahihah,1046.
...3 Lihat Jami'ul Ulum Wal Hikam 1 / 128-129.
...4 Madarijush Shalihin, 2/315.
...5 Ibid. 2/474.
...6 Ighatsah Al Lahfan, 1/81; Tafsir Al Qurthubi, 19/199; Majmu' AI Fatawa, 10/633; Tafsir Ibnu Katsir 4/94.
...7 Al Fawaid, hal. 184.
...8 Lihat Ighatsah Al Lahfan, 2/298.
...9 Lihat Minhajus Sunnah, 6/218.
...10 Lihat Madarijush Shalihin, 1/458; Ighatsah AI Lahfan, 2/66.
...11 HR Bukhari 528, Muslim 667.
...12 Fath Al Bari, 2/11.
...13 Majmu' Fatawa 10/634, 635.
...14 HR Malik, dishahihkan oieh Al Albani dalam Shahih At Targhtb 1/341.
...15 HR Ibn Khuzaimah 2342, dishahihkan oleh Al Albani dalam Shahih At Targhib 1/341.
...16 Ighatsah Al Lahfan 1/81.
...17 HR Malik dalam Kitab Hudud No. 12. Lihat Ibnu Abdil Barr, At-Tauhid 2/637.
...18 Madarij As Salikin 2/580. Lihat Jami' Al Ulum Wal Hikam 2/91.
...19 Ighatsatul Lahfan 1 / 134, 135.
...20 Madarijus Salikin 1 / 438; Siyar A'lam An Nubala' 4 / 539.
...21 Ibn Al Mubarak, Az Zuhd 234.
...22 Shifat Ash Shafwah 3 / 234.
...23 Ibid. 3 / 60. Lihat Imam Ahmad, Al Wara' 74.
...24 Hilyah Al Awliya' 4 / 89.
...25 Ibid. 4 / 249; Shifat Ash Shafwah 3 / 101.
...26 Shifat Ash Shafwah 3 / 249.
...27 Ibid. 2 / 376.
...28 Ibid. 4 / 105.
...29 Ibid. 4 / 277.
Dikutip dari majalah As-Sunnah 09/VII/1421H hal 15 - 20