Wednesday, February 25, 2009

Satu Semester yang berlalu...

Masa terus bergerak meninggalkan yang terleka.

Sedar tak yang kita telah menghampiri ke penghujung semester. Hem...sekarang musim nak pulang kampung, jadi pesanan utama dari ana wakil, irkss 08/09,

-Berhati-hati di jalan raya.

Apa pun, nak kongsi sedikit pengalaman, ana kalau pulang mesti buat jadual. Nak tahu kenapa?
sebabnya, setiap kali pulang,kalu tiada jadual, ana pasti buang masa begitu saja. he he

itu ana...antum bagaimana?

So, sekurang-kurangnya, kita dapat hadkan pembuangan masa kita. Kurangkan penghasilan tahi mata, dan gandakan tenaga dalam perkara yang bermanfaat.

Yalah, pelajar Ilmu Wahyu, takkanlah nak buang masa begitu saja , kan?
Kita ada tanggungjawab yang amat besar di hadapan sana , takkan tak sedar lagi?:(...

Pernah tak dengar, golongan agama yang melemahkan agama itu sendiri? Ana tujukan pesanan ini untuk ana sendiri khususnya, dan juga antum sekalian.

Sebagai pelajar Ilmu Wahyu, kita harus berada di hadapan, mempunyai jati diri yang jitu, matlamat yang jelas. Jangan kerana antum tidak yang tidak pernah mengahrapkan dapat kos Ilmu Wahyu ini , seterusnya sewenang-wenangnya menconteng arang di muka semua pelajar yang mengambil kos ini dengan ikhlas.

Sebenarnya, pasti ada hikmah kenapa antum mendapat kos ini. Tapi, hikmah itu di cari , bukan untuk di tunggu.

Kali ini, post ini agak keluar dari konsepnya kerana hanya sebagai tazkirah untuk kita semua. Atau lebih kepada muhasabah.

jadi, wahai sahabat sahabiah semua...

Jangan kita mengelak lagi, hadapilah kenyataan..kita pelajar Ilmu Wahyu, yang bakal memartabatkan Kalimatullah di muka bumi ini...Bukalah minda, jangan biar diri masih bermain di bayangan masa yang sebenarnya telah jauh meninggalkan kita...

Hanya sekelumit pandangan dari ana...insan lemah.

Mungkin kita boleh berkongsi lagi...silakan...

Sunday, February 15, 2009

PENGENALAN AL-FIQH

Assalamualaikum...
ana dan sahabat ana telah diberi mandat untuk mengurus bahgian ini..
insyaAllah selepas ini kami akan lampirkan lebih banyak tentang ilmu fiqh..
kami juga akan membuka slot soal jawab..
namun panel yang akan menjawab segala persoalan bukanlah dari kalangan kami...
panel yang akan menjawab segala persoalan fiqh nanti adalah pensyarah dari UIAM..
iaitu USTAZ MOHAMMAD NIDZAM BIN ABDUL KADIR..
Serba sedikit tentang latar belakang ustaz...
-dilahirkan di Alor Setar,Kedah.
-mendapat pendidikan awal di Maktab Mahmud Alor Setar kemudian ke Kolej Islam Sultan Zainal Abidin..
-Sarjana Muda dari Universiti Al-Azhar dan Ijazah Sarjana dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM).
-moderatot utama dalam segmen "Anda Bertanya Islam Menjawab" didalam laman web"Ustaz Nidzam"

Walaubagaimanapun,sebarang pendapat yang dirasakan kurang menepati apa yang anda fahami bolehlah dikongsi bersama,moga-moga dengan perselisihan pendapat, kita dapat mencari satu titik pertemuan yang pasti.
"innamal mukminuna ikhwah,faashlihu baina akhowaikum"...

Thursday, February 12, 2009

hubungan sesama islam

HUBUNGAN SESAMA ISLAM
Maksud Hadis Hurairah r.a. berkata Rasulullah s.w.t. bersabda yang bermaksud:
"Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan janganlah kamu bertipu-tipuan, dan janganlah kamu berbenci-bencian, dan janganlah kamu berbelakang-belakangan, dan janganlah setengah kamu menjual di atas penjualan setengah kamu dan jadilah kamu hai hamba Allah bersaudara."
Orang Islam bersaudara orang Islam,tiada boleh ia menganiayanya, dan tiada boleh membiarkannya (dalam kehinaan) dan tiada boleh mendustainya dan tiada boleh menghinakannya.
Taqwa itu di sini kata nabi , sambil menunjuk dadanya tiga kali. Sudah cukup banyak kejahatan seseorang itu, bahawa ia merendahkan saudaranya orang Islam. Sekalian orang Islam ke atas orang Islam haram darahnya dan hartanya dan kehormatannya. Diriwayatkan oleh Muslim.
SYARAHANNYA :
Hadis ini diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah. Selain Muslim lagi hadis-hadis riwayat yang lain daripadanya yang di antara kandungannya ada sebagaimana yang diterangkan dalam hadis tersebut.
NILAINYA :
Hadis ini mengandungi nilai utama dalam soal persaudaraan Islam, di mana ditegaskan secara perintah akan larangan-larangannya yang tiada boleh dilanggar demi untuk pemeliharaan suasana persaudraan itu.
Perkara yang mengenal hubungan di antara orang Islam :
1. Beberapa Perintah Larangan
Pada hadis tersebut Rasullah ada menerangkan perkara yang mengenai hubungan di antara orang Islam. Untuk memelihara hubungan ini ditegaskan beberapa perintah yang merupakan larangan yang wajib dipatuhi ; iaitu janganlah kamu berdengki-dengkian di antara sama sendiri. Kerana dengan dengki atau hasad menyebabkan terputusnya hubungan.
Dengki ialah satu perasaan jiwa yang timbulnya perasaan itu pada seseorang oleh kegelisahannya memandang kelebihan yang ada pada orang lain atau oleh kebenciannya melihat ada orang yang melebihinya dalam sesuatu perkara atau keadaan.
Orang yang dengki atau hasad selamanya gelisah, jiwanya tidak tenteram , kerana ini dia berusaha untuk menghilangkan suatu kelebihan yang ada pada orang lain dengan perkataannya atau dengan perbuatannya dan berikhtiar untuk memindah sesuatu kelebihan yang ada pada orang lain itu kepada dirinya sendiri. Dan ada pula orang yang dengki itu berusaha untuk menghilang atau mencedera suatu kelebihan dari orang yang mempunyai semata-mata kebencian yang melulu, kerana dia sendiri tidak berhajat kelebihan itu untuk dirinya. Kedua macam kedengkian tersebut adalah tercela dan inilah perasaan kedengkian yang sejahat-jahatnya yang pernah digunakan oleh Iblis terhadap nabi Allah Adam a.s sehingga baginda dikeluarkan dari tempat kediamannya dalam syurga.
Sementara itu ada pula sejenis perasaan dengki atau hasad yang terbunuh dalam jiwa seseorang, tetapi dia berdiam diri, tidak ada usahanya yang jahat sama ada dengan perkataannya mahupun dengan perbuatannya untuk menumpas suatu kelebihan orang lain. Hasad seperti ini diharap tiada menyebabkan dosa, sebagaimana sabda Rasul yang bermaksud :
"Tiap-tiap anak Adam ada hasadnya, dan tiada mendatangkan kemudaratan kepada orang hasad oleh hasadnya selama ia tiada pernah bercakap lidah atau berbuat dengan tangan."
Seterusnya ada lagi sejenis perasaan hasad yang terbunuh dalam jiwa tetapi segera dilenyapkan serta ditumbuhkan perasaan cinta kepada orang yang mendapat kelebihan dan didoa supaya ia dalam selamat dan sejahtera. Inilah satu-satunya perasaan yang membuktikan kesuburabn iman yang dipuji.
Setelah Rasullullah menerangkan larangan dengki atau hasad, maka diterangkan pula larangan bertipu-tipuan dan berbencian dengan sabdanya yang bermaksud : " Janganlah kamu bertipu-tipuan dan janganlah kamu berbenci-bencian di antara kamu."
Larangan bertipu-tipuan ialah melarang seseorang menaikkan harga barang-barang padahal dia sendiri tidak mahu membelinya untuk menyusahkan orang lain. Perbuatan ini adalah haram. Masuk juga kepada larangan ini segala perbuatan tipu atau kecoh dalam jual beli.
Larangan benci-bencian ialah melarang seseorang membenci dengan menghina orang lain semata-mata menurut dorongan hawa nafsu yang angkuh dan sombong. Perbuatan ini melenyapkan perasaan kasih sayang di antara seorang dengan saudaranya padahal perasaan ini wajib dipelihara dan dipupuk dengan semangat cinta sebagai orang yang percaya kepada Allah. Rasullullah S.A.W bersabda yang bermaksud ; " Tidak akan kamu masuk syurga sehingga kamu beriman. Dan tidak (dikata) buat akan dia nescaya kamu berkasih-kasih ? Iaitu syiarkanlah Islam di antara kamu."
Kemudian Rasullullah menerangkan larangannya dengan sabdanya ; "Janganlah kamu berbelakang-belakangan atau berpaling-palingan ialah melarang perbuatan ini dilakukan oleh seorang semata-mata oleh perkara dunia. Pada hadis yang lain sebagaimana yang disebut dalam hadis Bukhari dan Muslim, Rasullullah S.A.W. menerangkan :
"Tiada halal bagi seorang Islam bahawa ia meninggal saudaranya (tiada menegurnya) lebih dari tiga hari, bila keduanya bertemu maka yang seorang ini berpaling dan yang seorang itu pula membelakangi. Dan orang yang lebih baik dari keduanya ialah orang yang memulakan dengan ucapan salam ."
Dan lagi hadis yang lebih keras ancamannya iaitu :
"Barangsiapa meninggalkan saudaranya (tiada menegurnya kerana musuhinya) selama setahun maka ia seperti menumpah darahnya."
Larangan menjual di atas penjualan ialah melarang perbuatan itu dilakukan, kerana akibatnya adalah membawa kepada benci-bencian di antara sesama sendiri. Contohnya : Seperti dua orang yang membeli itu seraya berkata : "Batalkan pembelian engkau ini, aku sanggup menjual kepada engkau barang yang lebih baik mutunya dengan harganya lebih murah dari barang yang engkau beli itu. "
Demikian pula dilarang membeli di atas pembelian orang lain. Contohnya : seperti seorang datang kepada orang yang menjual lalu berkata : "Batalkan penjualan engkau ini. Aku dapat membelinya kelak dengan harga yang lebih tinggi. "
Termasuk kepada larangan ini orang yang menawarkan barang-barangnya kepada seorang yang lain, padahal pada waktu itu ada orang yang sedang menawarnya untuk membelinya. Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :
"Tiada menjual seorang lelaki di atas penjualan saudaranya dan tiada meminang di atas pinangan saudaranya kecuali jika ia izin kepadanya."
Larangan tersebut sebagaimana yang diterangkan oleh hadis adalah am meliputi kepada orang Islam dan kepada orang kafir, demikian menurut pendapat kebanyakan fuqaha kecuali Imam Ahmad dan orang ramai yang mengatakan larangan itu adalah khas kepada orang Islam tidak kepada orang kafir.
Setelah diterangkan segala larangan ini satu persatunya, maka Rasullullah dijelaskan pula keadaan orang Islam dalam pergaulan dengan sabdanya :
Sabdanya ini memberi suatu petunjuk jiwa. Jika mereka mematuhi sepenuhmya segala larangan itu, maka terwujudlah kasih mesra sebagai saudara yang senasib bertanggungjawab untuk kesejahteraan bersama sesuai dengan pengajaran Islam.
2. Orang Islam Saudara Orang Islam
Kemudian Rasullullah menerangkan selanjutnya keadaan sifat orang Islam. Orang Islam adalah saudara orang Islam. Yang demikian, tiadalah boleh dianiayainya, tiada boleh dibiarkannya, tiada boleh didustainya, juga tiada juga dihinanya. Larangan ini wajib dihormati untuk memelihara perpaduan di antara orang Islam yang di akui sebagai saudara.
Orang Islam tiada boleh menganiaya orang Islam, kerana penganiayan bertentangan dengan keperibadiaanya sendiri. Tetapi orang Islam wajib membantu menghindarkan penganiayaan itu serta menolong saudaranya yang berbuat penganiayaan dan saudaranya yang dianiaya ; dan tiada boleh ia membiarkan saudaranya dalam kehinaan dilakukan teradapnya tetapi dikehendaki berikhtiar sekadar yang mungkin bagi melaksanakannya. Mengenai hal ini Rasullullah S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Tolonglah saudara engkau, yang berbuat zalim atau yang dizalimi. Ia berkata : Ya Rasullullah ! Aku pernah menolong orang yang dizalimi, maka bagaimana agaknya aku hendak menolong orang yang zalim ? Ia bersabda : Engkau tegah ia dari melakukan kezaliman, maka yang demikian itu bererti engkau menolong akan dia"
Pada hadis yang lain Rasullullah S.A.W pernah menyatakan "Bahawa barangsiapa yang tiada mahu menolong seseorang mukmin yang dihinakan orang disisinya padahal dia mampu menolongnya, akan dihinakan dia oleh Allah di tengah-tengah khalayak ramai pada hari kiamat. Sebaliknya pula, orang yang menolong saudaranya dengan cara yang tersembunyi dalam perkara yang ia dapat menolongnya akan ditolongi Allah akan dia dalam dunia dan akhirat.
Juga orang Islam tiada boleh mendustakan saudaranya orang Islam kerana pendustaan menyebabkan hilangnya perasaan kepercayaan. Lebih-lebih lagi pendustaan itu dipercayai oleh saudaranya. Pendustaan seperti ini adalah suatu perkara pengkhianatan, sebagaimana sabda Rasullullah : "Besarlah pengkhianatan bahawa engkau menceritakan kepada saudara engkau suatu cerita yang ia percaya kepada engkau, padahal yang sebenarnya engkau berdusta kepadanya."
Demikian pula orang Islam tiada boleh menghinakan saudaranya orang Islam sama ada dengan perkataan atau tingkah lakunya. Sebab penghinaan bukanlah sikap yang baik dalam persaudaraan, malah sikap inilah yang menimbulkan perbezaan pandangan seseorang dalam pergaulan, dan tumbuhnya adalah dari perasaan sombong yang terselit di hati ; iaitu perasaan memandang kepada diri dengan pandangan yang mulia dan sempurna tidak sebanding dengan orang lain yang dianggap hina susah menderita.
Setelah itu Rasullullah S.A.W mengatakan "Taqwa itu di sini…..sambil menunjukkan ke dadanya sebanyak tiga kali. Ini adalah memberi isyarat atau petunjuk bahawa kemuliaan manusia di sisi Allah bukanlah dengan cara berlagak, menunjuk diri atau meninggi-ninggi darjat, peribadi, tetapi adalah dengan sifat taqwa, yang mengeluarkannya amal utama dan budi mulia, sekalipun orang taqwa itu dipandang hina dan dikeji."
Akhirnya oleh Rasullullah S.A.W. dijelaskan pula bahawa sudah cukup banyak kejahatan seseorang jika ia merendahkan atau menghinakan orang Islam dengan cara merosakkan keselamatan badannya atau menjatuhkan maruah atau kehormatan atau dengan apa sahaja yang dipandang tiada sopan di luar garisan perikemanusiaan. Dan perbuatan seperti ini adalah haram di atas orang Islam melakukannya, sebagaimana yang telah dijelaskan dalam hadis tersebut.
Demikianlah beberapa larangan Rasullullah S.A.W kepada setiap orang Islam untuk memelihara kemurnian hidup persaudaraan yang tiada dibatasi oleh kekeluargaan, oleh warna kulit dan keturunan dan oleh kedudukan. Mereka adalah sebagai satu kaum keluarga, satu jiwa, satu hati, satu akidah dan satu ibadat, satu hala dan satu tujuan, satu tempat datang dan satu pula tempat pergi, sakit sama merasa sakit dari senang sama merasa syukur. Benarlah apa yang digambarkan Rasullullah S.A.W dalam sabdanya yang terkenal : "Bandingan orang-orang mukmin dalam bercinta-cinta mereka dan berkasih sayang mereka dan bertolong ,tolongan mereka seperti bandingan satu badan : Apabila sakit satu anggota daripadanya tertariklah sekalian anggota (hingga) tiada dapat tidur dan demam."
Pada hadis yang lain dijelaskan bahawa "Seorang mukmin bagi seorang mukmin itu satu binaan yang sebahagiannya menguatkan sebahagian dan orang Islam itu seperti satu badan jika sakit matanya sakitlah sekaliannya dan jika sakit kepalanya sakitlah sekaliannya."
PETUNJUKNYA :
Bahawa di antara yang ditunjuk oleh hadis yang ketiga puluh lima ini ialah :
1. Hadis ini menunjukkan secara tegas bahawa Rasullullah S.A.W melarang setiap orang melakukan sebarang perbuatan yang mencederakan atau merosak kehormatan saudaranya dari orang Islam. Sebab orang Islam mempunyai kemuliaan dan kehormatan peribadinya, harta miliknya dan maruahnya atau nilai hidupnya, larangan yang ditegaskannya itu ada sebanyak sembilan perkara dalam bidang pergaulan umum dan hubungan perniagaan yang kesemuanya merupakan suatu petunjuk yang sangat berguna kepada orang Islam di segala tempat dan zaman.
2. Juga menunjukkan bahawa orang Islam dalam dunia ini adalah bersaudara kerana ini mana diharamkan ke atas setiap orang Islam mengerjakan suatu yang bertentangan dengan hak persaudaraan itu. Rasullullah dalam hadis tersebut menegaskan perintahnya mengenai hal persaudaraan tersebut iaitu : "Berkata Al-Khurtabi, bahawa erti sabdanya ialah : "Hendaklah kamu menjadi sebagai orang-orang yang bersaudara persaudaraan satu darah keturunana yang diikat oleh rasa sayang, saling cinta menyintai, nasihat-menasihati, bantu membantu serta bertimbang rasa."
Inilah di antara petunjuk hadis yang sangat patut diambil perhatian oleh setiap orang Islam untuk memelihara keteguhan dan keutuhan perpaduan dalam hubungan persaudaraan kerana dengan pemeliharaan ini wujudlah perasaan muhibbah diselubungi oleh suasana aman damai.
Dan inilah pula dasar persaudaraan Islam yang diasas di atas tuntutan agama, serta dipelihara dengan semangat pengajarannya dalam mana perasaan muhibbah yang sejati menjadi terasnya. Maka dengan semangat ini terdapatlah saling hormat menghormati, bantu-membantu, berusaha untuk mewujudkan kebaikan, menghindarkan kejahatan dan ini pula yang menjadi amalan hidup seseorang dalam masyarakatnya. Andaikata, oleh suatu hal seorang itu tidak dapat melaksanakan amalan ini, maka hendaklah dia hidup berdiam diri, tak usahlah mengganggu atau menyusahkan orang lain. Ikutilah pengajaran ini : "Hendaklah engkau pelihara tiga perkara yang menjadi habuan orang mukmin iaitu :
Pertama, jika engkau tidak dapat memberi manfaat kepadanya maka janganlah engkau menyusahkan dia.
Kedua, jika engkau tidak mahu menyukakan dia maka janganlah engkau mendukakan dia dan ;
Ketiga, jika engkau tidak hendak memuji dia maka janganlah engkau mencela dia Wallahhualam

Perkongsian Ilmu

Seminar Pembangunan Ummah-Masjid Wilayah,KL
Labels: ,


Seminar yang telah diadakan pada tanggal 7/2/2009 ini melibatkan pelajar IPT , antaranya Pusat Asasi UIAM sendiri sebagai penganjur, UIAM Gombak, Darul Quran , UKM, dll. Dalam arus perdana yang serba mencabar ini, ummah Islam yang berkualiti semakin hilang tanpa disedari.

Bertepatan dengan objektif program ini, iaitu sebagai satu tapak persediaan golongan mahasiswa mencari titik perubahan yang patut mereka laksanakan maka semua yang rasa bertanggungjawab menghulurkan bantuan melalui kerjasama yang jitu dalam memastikan objektif program ini tercapai. Setinggi-tinggi terima kasih buat pihak yang terlibat, JAWI, YAYASAN SOFA, MUAFAKAT , dll.

Tanpa banyak bicara, didahulukan ulasan mengenai pembentangan kertas kerja pertama...


Pembentangan Kertas Kerja Pertama.
Oleh Ustaz Hj. Zamihan Hj. Mat Zin
Pengarah ILIM



Seperti biasa kita mesti akan mendengar definisi tajuk.

Sebelum itu eloklah tajuknya dinyatakan di sini.

Tajuk yang diberi ialah, "Peranan Mahasiswa Dalam Memahami dan Membanteras Penyelewengan Agama"

Peranan adalah Tugas,

Mahasiswa adalah satu mekanisme kawalan atau slagi adalah Agen perubahan Ummah, semestinya golongan ini perlu kepada peningkatan dari segi akidah,akhlak dan syariah.


Penyelewengan Agama adalah satu situasi yang menyimpang dari tujuan asal agama.


Kita pergi terus kepada Skop Penyelewengan Agama yang harus dilihat, ada 6 kesemuanya :-

1. AkidahBerlaku apabila...

-Menafikan perkara yang sepakati oleh ulama'

-tidak mampu membezakan hukum syarak

-Terlibat dalam ajaran yang sesat

-Murtad

- dll, harap rakan-rakan yang pergi seminar itu dapat menambahnya..jika ada

2. Syariah

Secara ringkasnya, penyelewengan agama berlaku apabila

-ada pertambahan peraturan dalam hal ushul

-melampau batasan

-menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal

-Memperkatakan persoalan Mutasyabihat

3.Kerohanian

-Dalam bidang Tasauf. Amalan sufi yang dilakukan bertentangan dengan akidah Islamiyyah.

4. Perubatan

-Wujud perubatan tradisional yang tidak selari dengan ajaran Islam dan lebih kepada amalan khurafat.
(Ada poin yang tidak dinyatakan, kepada sesiapa yang tahu, sila tambah).

5. Akhlak

-Orang Islam masa kini tidak mencerminkan peribadi akhlak muslim

-'Akhlak Liberal" diguna pakai dalam kehidupan

-Ikut Trend


6. Gerakan

- Banyak pertubuhan NGO yang bukan perjuangkan akidah Islam yang sebenar...Contohnya, NGO Syiah, Liberal, Arkam, JI, Al Ma'unnah , dll.

-Ada antaranya yang menvisualisasikan Allah

Sedangkan dalam Sirah Nabi , ada yang minta Nabi SAW menceritakan rupabentuk Allah(menyifatkan Allah) maka turunlah Surah Al ikhlas. Di sini, penceramah menekankan supaya umat Islam mempelajari dan mengambil tahu kenapa setiap surah diturunkan agar kita tidak dikelirukan oleh golongan -golongan yang terpesong akidahnya.

-Serangan pemikiran juga menyebabkan virus-virus penyelewengan semakin aktif dalam kalangan umat Islam.



Kita berpindah kepada kesan penyelewengan tadi...


Kesannya adalah...Melahirkan Golongan dibawah ini..
1. Kufur, MurtadMereka menafikan hukum Allah SWT.Murtad boleh terjadi melalui niat, perbuatan dan percakapan.

2. Bid'ah dan SesatUbah ketulenan agama( Perkara Ushul)

3. EkstremisMudah menyalahkan orang lain, memukul orang, tidak tahu membezakan perkara yang furu' dan ushul.Tidak berpaksi kepada akidah yang sebenar.

4. Jauh dari Rahmat Allah SWT.Sentiasa menghadapi masalah,Selalu mendapati hasil kerja yang dilakukannya tidak seperti yang dikehendaki.


Jadi, Peranan Mahasiswa ?

Matang dengan Ilmu.

-Ilmu wajib dipelajariFardhu 'Ain dan fardhu Kifayah.Fardhu Kifayah di sini selalu disalahertikan oleh masyarakat, Contoh , Seorang Ustaz dalam sebuah kampung tahu cara-cara mengurus Jenazah, maka yang lain tidak perlu lagi mempelajarinya. Ini anggapan yang salah sama sekali. Selagi kita mampu untuk mempelajari cara mengurus jenazah, kita perlu untuk tahu kuasai ilmu itu . Begitu juga dalam hal-hal yang lain.

-Belajar mesti BERTALAQQI

-Berguru dengan ulama dan banyakkan merujuk dan membaca kitab-kitab muktabar.Membaca boleh mengelak serangan pemikiran jika disertai dengan merujuk para ulama'. Ulama' yang menjadi rujukan pula biarlah ramai. Kajian dan perbincangan mesti selari dengan pembacaan barukan menampakkan kesan yang efektif dalam menguasai seuatu ilmu atau isu semasa.

-kuasai Disiplin Ilmu..Tahu kenapa menuntut ilmu.=untuk mengenal Allah.

-Meningkatkan Amalan

*Istiqamah amalan wajib.

*Amalan sunat yang boleh diamalkan,contoh:solat berjamaah, zikir, amalan surah pilihan, sentiasa berwudhuk,rathib.

Mendokong Visi Islam


1.Rancang aktiviti dakwah, cth:blog,usrah, hiwar, website.
2.Dakwah sepanjang masa
3.Promosi kebajikan Cegah Mungkar
4.Jalinan NGO denagn Kerajaan
5. Fahami aspirasi Ummah
6.Memiliki sifat da'ie yang sepatutnya
7. Ikut kemampuanBerorganisasi

- Cari pemimpin yang ikhlas
-visi , misi dan identiti jemaah yang jelas
- kerjasama global.

Menuju Allah

1. Tauhid yang betul
2. Meletakkan Cinta kepada Allah SWT dan Rasul SAW yang utama, diikuti para Alim ulama',kasih sesama saudara seislam.

Sumbangan

Akidah yang benar, Metod yang tepat, Laksanakan kewajipan , Utamakan pendapat Ulama',Elak khilaf, Islah(hanya terbaik Pilihan Allah), bergantung harap pada Allah SWT.

Akauntabiliti

1. Aku janji dengan AllahSWT dalam doa Iftitah
2.Diriku daie
3.Dakwah & Kewajipan
4. Apa sumbangan yang telah dilakukan
5. Temujanji dengan Allah
6.Selalu muhasabah


Pemantapan

1.Lakukan perubahan secara aktif
2.Programkan Minda bahawa kita perlu jadi daie
3.utamakan apa ynag utama
4.Berfikir jauh- menang-menang(dunia & akhirat)


Rasanya setakat itu dulu kali ini...jika nikmat waktu lapang masih ada maka pembentangan yang kedua akan menyusul.

Jika ada sebarang pertanyaan,boleh terus rujuk kepada penceramah di alamat blog,
http://www.al-ghari.blogspot.com/

Ini adalah hasil dapatan pendengar, tentu terdapat kecuaian mendengar dan menyampai. Ana dahulukan ucapan maaf dan sama-sama kita tegur menegur kepada kebaikan dan kesabaran. Kepada penceramah ,jika ada kesalahan penyampaian maklumat harap dimaklumkan.syukran.

diambil dari blog, http://www.saifulmujahidah.blogspot.com/


Harap bermanfaat,

irkss 08/09

Monday, February 2, 2009

Sunnah Kekasih Allah


Sesungguhnya pada diri Rasulullah saw terdapat suri tauladan yang baik bagi kita, maka alangkah ruginya jika kita meninggalkan atau melupakan Sunnah Rasul saw tersebut, yang didalamnya terkandung banyak kebaikan, Padahal kebaikan itu datangnya dengan cara mengikuti apa yang docontohkan oleh Rasulullah saw dan para Sahabatnya .


Dan salah satu teladan yang baik pada diri Rasulullah saw adalah adab beliau ketika makan. Seringkali kita jumpai pada kaum muslimin cara-cara makan yang tidak sesuai dengan etika yang telah dicontohkan oleh Rasulullah SAW, mungkin karena ilmu belum sampai kepada mereka atau karena malas dan mungkin karena enggan melakukannya.


Adapun adab-adab makan yang sering dilupakannya itu adalah sebagai berikut:


1. Makan berjama’ah


Berkumpul menghadapi hidangan dan makanan secara berjama’ah adalah suatu yang dianjurkan bagi kaum muslimin di samping akan mendapatkan keutamaan berdasarkan hadits berikut:


’Berjama’ahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut nama Allah padanya, niscaya akan mengandung berkah bagimu. (Silsilah Hadits-hadits Shahih no. 664).


Hadits ini dikabarkan oleh Rasulullah r berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya dan berkata:


Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang. Maka Rasulullah berkata:


“Pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri. Dia menjawab: benar ya Rasulullah. Rasulullah berkata:


“Berjama’ahlah dalam menyantap makananmu.”



Hadits di atas memerintahkan kepada kita agar setiap kali makan supaya berkumpul melingkar pada satu nampan makanan dan tidak makan sendiri-sendiri, sebab makan sendiri-sendiri itu disamping akan membuat masing-masing orang yang makan itu tidak akan kenyang (seperti kata shahabat di atas) juga tidak mendapatkan berkah/kecukupan.



Karena kecukupan itu akan diperoleh dengan makan bersama, meskipun jumlah peserta hidangan bertambah, sebagaimana kata Nabi saw:


“Makanlah berjama’ah dan jangan bercerai-berai, sesungguhnya makanan satu orang itu cukup untuk dua orang”.


“Sesungguhnya makanan satu orang itu cukup untuk dua orang makanan dua orang cukup untuk tiga atau empat orang dan makanan empat orang cukup untuk lima atau enam orang. (Silsilah hadits-hadits shahih no. 895).



2. Makan dengan menggunakan Shahfah/Qash’ah[1] (nampan) dan di atas hamparan.



Makan berjama’ah di atas hamparan dengan menggunakan Shahfah adalah salah satu sunnah Nabi r yang harus diikuti, sedangkan makan diatas meja dengan menggunakan Sukurrajah adalah cara makan yang harus dihindari. Anas bin Malik berkata: “


Nabi saw tidaklah makan diatas meja makan dan tidak pula menggunakan Sukurrajah (Diriwayatkan oleh Tirmidzi dalam Syamail, shahih Bukhari no. 5386 dalam kitab Fathul Bari 9/532).


Ibnu Hajar berkata:


“Guru kami berkata dalam (Syarah at-Tirmidzi): “Sukurrajah itu tidak digunakan karena mereka (Rasulullah dan para shahabat) tidak pernah menggunakannya, sebab kebiasaan mereka makan bersama-sama (dengan Shahfa-pent) atau karena makan dengan menggunakan sukurrajah itu menjadikan mereka tidak merasa kenyang. (al-Fath 9/532).



3. Mengambil suapan yang jatuh. Nabi saw berkata: “Apabila salah seorang dari kamu makan, kemudian suapannya jatuh dari tangannya, hendaklah ia membersihkan apa yang kotor darinya lalu memakannya, dan janganlah ia membiarkannya untuk (dimakan) setan. (Silsilah hadits-hadits Shahih) no. 1404).


Hadits ini mengajarkan kepada kita agar tidak menyia-nyiakan makanan yakni dengan tidak membiarkan makanan yang jatuh untuk dimakan setan.



4. Menjilati makanan dan shahfah.


“Dan janganlah ia mengusap tangannya dengan mindil/serbet hendaklah ia menjilati tangannya, karena seseorang itu tidak mengetahui pada makanannya yang mana yang mengandung berkah untuknya, sesungguhnya setan itu selalu mengintai untuk merampas harta manusia dari segala penjuru hingga di tempat makannya.


Dan janganlah ia mengangkat shohfahnya hingga menjilatinya dengan tangan, karena sesungguhnya pada akhir makanan itu mengandung berkah. (Silsilah hadits-hadits shahih no. 1404).


Berkata Imam Nawawi, tentang makna kaliamat


“Pada makanannya yang mana yang diberkahi.”


Ia berkata: Sesungguhnya makanan yang dihidangkan untuk manusia itu mengandung berkah, sedang dia tidak mengetahui apakah berkah itu pada makanan yang ia makan atau pada sisa makanan yang melekat di tangannya atau pada sisa makanan di dalam shahfah atau pada suapan yang jatuh. Untuk itu hendaklah ini menjaga semua itu agar selalu mendapatkan berkah. (Fathul Bari 9/578).



5. Mengusap makanan dengan mindil[2]


Nabi r bersabda “Janganlah mengusap tangannya dengan mindil hingga menjilati tangannya..” Hadits ini mengisyaratkan kepada kita agar setiap selesai menjilati tangan agar mengusapnya dengan serbet, bukan dengan selainnya seperti dengan handuk atau tisue (kertas tipis). Ibnu Hajar berkata:


“Hadits diatas berisi larangan bagi orang yang mempunyai serbet tapi tidak mengusap tangan dengannya dan juga berisi larangan terhadap orang yang menggunakan selainnya. (Fathul Bari 9/557).



6. Berkumur-kumur setelah makan


“Ali bin Abdullah telah menceritakan kepada kami, Sufyan telah menceritakan kepada kami: “Aku telah mendengar Yahya bin Said dari Busyair bin Yasar dari Suwaid bin Nu’man berkata:


“Kami keluar bersama Rasulullah ke Khaibar. Tatkala kami sampai di Shahba, Nabi mengundang makan, dan tidak dihidangkan makanan kecuali gandum, maka kami makan (bersama). Kemudian beliau berdiri untuk menjalankan shalat, maka beliau berkumur-kumur, dan kamipun berkumur-kumur. (HR. Bukhari no. 5445 dalam al-Fath 9/576).

--------------------------------------------------------------------------------


[1] Qash’ah adalah piring besar untuk makan sepuluh orang sedangkan Shahfah adalah piring besar untuk makan lima orang (Syama’il Muhammadiyah, bab. Cara makan Nabi r).


Adapun Sukurrajah adalah piring kecil yang biasa dipakai untuk memberi makan anak kecil. (Fathul Bari 9/532). [2] Mindil adalah kain yang dipakai untuk mengusap tangan selesai makan dan bukan kain yang dipakai untuk mengusap badan selesai mandi. (Fathul Bari 5/577).


dari forum iluvislam...jika ada kesilapan maklumat sila khabarkan dalam komen..

syukran..


sumber :[http://www.geocities.com/jantan_salafy/umum/adabmakan.html] Jantan Salafy[/url]

the Opening ...

What Famous People Have Said About Muhammad (pbuh)
www.iLuvislam.com
by: ibn affandi

1. His complete biography has been authenticated and circulated amongst scholars around the world starting while he was still alive and continuing up until today. One of the first examples we quote from is from the Encyclopedia Britannica, as it confirms:
(regarding Muhammad) ". . . a mass of detail in the early sources shows that he was an honest and upright man who had gained the respect and loyalty of others who were likewise honest and upright men."(Vol. 12).[1]


2. Another impressive tribute to Muhammad, peace be upon him is in the very well written work of Michael H. Hart, "The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History." He states that the most influential person in all history was Muhammad, peace be upon him, with Jesus second. Examine his actual words:

"My choice of Muhammad to lead the list of the world's most influential persons may surprise some readers and may be questioned by others, but he was the only man in history who was supremely successful on both the religious and secular level." (Michael H. Hart, THE 100: A RANKING OF THE MOST INFLUENTIAL PERSONS IN HISTORY, New York: Hart Publishing Company, Inc., 1978, p. 33.).[1]


3. While we are reviewing statements from famous non-Muslims about Prophet Muhammad, peace be upon him, consider this:

"Philosopher, orator, apostle, legislator, warrior, conqueror of ideas, restorer of rational dogmas, of a cult without images; the founder of twenty terrestrial empires and of one spiritual empire, that is Muhammad. As regards all standards by which human greatness may be measured, we may well ask, is there any man greater than he?"(Lamartine, HISTOIRE DE LA TURQUIE, Paris, 1854, Vol. II, pp. 276-277.).[1]


4. George Bernard Shaw, a famous writer and non-Muslim says:
"He must be called the Savior of Humanity. I believe that if a man like him were to assume the dictatorship of the modern world, he would succeed in solving its problems in a way that would bring it much needed peace and happiness."(The Genuine Islam, Singapore, Vol. 1, No. 8, 1936).[1]


5. K. S. Ramakrishna Rao, an Indian (Hindu) professor of Philosophy, in his booklet "Muhammad the Prophet of Islam" calls him the "perfect model for human life." Professor Ramakrishna Rao explains his point by saying:

"The personality of Muhammad, it is most difficult to get into the whole truth of it. Only a glimpse of it I can catch. What a dramatic succession of picturesque scenes. There is Muhammad the Prophet. There is Muhammad the Warrior; Muhammad the Businessman; Muhammad the Statesman; Muhammad the Orator; Muhammad the Reformer; Muhammad the Refuge of Orphans; Muhammad the Protector of Slaves; Muhammad the Emancipator of Women; Muhammad the Judge; Muhammad the Saint. All in all these magnificent roles, in all these departments of human activities, he is alike a hero."[1]



6. What should we think about our prophet Muhammad, peace be upon him, when someone with the worldly status such as Mahatma Gandhi, speaking on the character of Muhammad, peace be upon him, says in 'YOUNG INDIA':

"I wanted to know the best of one who holds today undisputed sway over the hearts of millions of mankind... I became more than convinced that it was not the sword that won a place for Islam in those days in the scheme of life. It was the rigid simplicity, the utter self-effacement of the Prophet, the scrupulous regard for his pledges, his intense devotion to his friends and followers, his intrepidity, his fearlessness, his absolute trust in God and in his own mission. These and not the sword carried everything before them and surmounted every obstacle. When I closed the 2nd volume (of the Prophet's biography), I was sorry there was not more for me to read of the great life."[1]


7. English author Thomas Carlyle in his 'Heroes and Hero Worship', was simply amazed:
"How one man single handedly, could weld warring tribes and wandering Bedouins into a most powerful and civilized nation in less than two decades."[1]



8. And Diwan Chand Sharma wrote in "The Prophets of the East":

"Muhammad was the soul of kindness, and his influence was felt and never forgotten by those around him" (D.C. Sharma, The Prophets of the East, Calcutta, 1935, pp. 12) Muhammad, peace be upon him, was nothing more or less than a human being, but he was a man with a noble mission, which was to unite humanity on the worship of ONE and ONLY ONE GOD and to teach them the way to honest and upright living based on the commands of God. He always described himself as, 'A Servant and Messenger of God' and so indeed every action of his proclaimed to be.[1]


9. Speaking on the aspect of equality before God in Islam, the famous poetess of India, Sarojini Naidu says:

"It was the first religion that preached and practiced democracy; for, in the mosque, when the call for prayer is sounded and worshippers are gathered together, the democracy of Islam is embodied five times a day when the peasant and king kneel side by side and proclaim: 'God Alone is Great'... I have been struck over and over again by this indivisible unity of Islam that makes man instinctively a brother."(S. Naidu, Ideals of Islam, vide Speeches & Writings, Madras, 1918, p. 169)[1]


10. In the words of Professor Hurgronje:

"The league of nations founded by the prophet of Islam put the principle of international unity and human brotherhood on such universal foundations as to show candle to other nations." He continues, "the fact is that no nation of the world can show a parallel to what Islam has done towards the realization of the idea of the League of Nations."[1]


11. Edward Gibbon and Simon Ockley, on the profession of ISLAM, writes in "History of the Saracen Empires":

"I BELIEVE IN ONE GOD, AND MAHOMET, AN APOSTLE OF GOD' is the simple and invariable profession of Islam. The intellectual image of the Deity has never been degraded by any visible idol; the honor of the Prophet have never transgressed the measure of human virtues; and his living precepts have restrained the gratitude of his disciples within the bounds of reason and religion."(History of the Saracen Empires, London, 1870, p. 54)[1]



12. Wolfgang Goethe, perhaps the greatest European poet ever, wrote about Prophet Muhammad, peace be upon him. He said:

"He is a prophet and not a poet and therefore his Koran is to be seen as Divine Law and not as a book of a human being, made for education or entertainment."(Noten und Abhandlungen zum Weststlichen Dvan, WA I, 7, 32)[1]



13. W Montgomery Watt an Emeritus Professor in Arabic and Islamic Studies at the University of Edinburgh wrote:

"His readiness to undergo persecution for his beliefs, the high morale character of the men who believed in him and look up to him as a leader, and greatness of his ultimate achivement all argue his fundemental integrity. To suppose Muhammad was an impostor raises more problems than it solves"( Mohammad At Mecca, Oxford, 1953, p 52).[2]

14. In his book, Reverend Bosworth Smith stated that;

"He was a Ceaser and a Pope in one; but he was a Pope without Pope's pretensions, Ceaser without legions of Ceasers: without a standing army, without a bodyguard, without a palace, without a fixed revenue. If ever any man had the right to say thathe ruled by the right devine, it was Muhammad, for he had all the power without its instrument an d without its supports"(Mohammad and Mohammadism, London 1874, p 92).[2]


15. Annie Besant, a woman's right activist admires Muhammad as follows;

"... And although in what I put to you I shall say many things which maybe fimiliar to many, yet I myself feel whenever I re-read them, a new of admiration, a new sense of reverence for that mighty Arabian teacher"('The Life and Teaching of Muhammad', Madras 1932 p 4).[2]Sources:[1]


Copied from Dr. Dremali Ibrahim-Islamic Resources-Famous Quotes About Muhammad, on 19 March 2008.[2] Copied from 'What They Say About Muhammad?' by Dar Eshbelia on 19 March 2008

Related Links:Air Mata Rasulullah
by i am noneMuhammad PBUH by wmhafizuddin
Muhammad: Legacy of A Prophet by PBS