Wednesday, June 24, 2009

Pemilihan Bakal Pemimpin IRKSS 09/10

assalamualaikum...buat sekalian sahabat sahabiah dan adik2, kakak2 member IRKSS, bukan senang nak membangunkan sesebuah empayar jika kita hanya berangan-angan kosong.

Apa yang IRKSS perjuangkan sekarang adalah untuk membangunkan modal insan yang berkualiti dan mampu memikul tanggungjawab untuk menaikkan nama Islam sendiri dan memartabatkan Ilmu Dinniyyah. Walau tidak di nafikan kebanyakkan memilih untuk menguasai Ilmu duniawi daripada Ilmu Ukhrawi.

Kita tinggalkan golongan ini, kita fokuskan pada pelapis pejuang yang sedia ada. Bukan mudah untuk mencari pelapis yang berwibawa dan memiliki kebolehan dan kemampuan untuk meneruskan perjuangan IRKSS ini,bahkan memerlukan satu proses pemilihan yang agak kompleks. Ana melihat ini sebagai satu kesungguhan bakal mantan IRKSS untuk memastikan langkah yang telah diorak tidak terbantut ditengah jalan dan hanya seperti angin lalu.

Setakat ni, beberapa orang telah dipilih dan pilihan ini bukan atas pilihan hati seseorang secara individu tetapi secara syura, yakni perbincangan bersama antara bakal mantan.

Diharap pemilihan kali ini, akan menjadikan perjalanan IRKSS sebagai medium dakwah akan terus bergerak lancar supaya nama ISLAM akan dapat di julang tinggidi bumi NILAI ini!

Buat adik yang terpilih, kami bukan sengaja nak bagi taklifat ini, tetapi kami hanya menjadi perantaraan antara kalian dengan ALLAH SWT. Kita sememangnya KHALIFAH di bumi ALLAH...cuma di mana dan bila kita tidak tahu, dan mungkin inilah flatform adik untuk mengasah bakat KHALIFAH di dalam diri adik itu...

Kami semua mengucapkan tahniah dan takziah untuk semua adik yang terpilih, ingatlah jawatan bukan satu yang perlu dibanggakan, bahkan, rendahkan lah hati dan beristighfarlah atas perlantikan ini, tapi jangan tolak apabila ia keputusan syura...Kerana kita takut tempat adik akan di ganti oleh insan yang kurang bersedia dan akan menyebabkan mudharat yang lebih besar pada ISLAm. Terimalah taklifat ini seikhlas mungkin, dan jangan lupa bergantung harap pada ALLAH SWT dalam semua urusan.

Niat kitalah yang akan menetukan hasil gerak kerja kita. Akak yakin adik2 akak boleh. Siapakah yang ingin membantu agama ALLAH bersama kami? Bilamana adik berkata "kami akan membantu.." , Berpeganglah kepada kata2 itu dan ...LaKUKAN YANG TERBAIK!

Takbir!

Friday, June 19, 2009

Salam AGm

Alhamdulillah semalam telah dilakukan pemilihan buat memilih bakal2 pemimpin IRKSS yang baru ...Apa yang Kami harapkan, dari pihak Boro Dakwah agar pemilihan kali ini dapat mencari pengganti yang boleh menenruskan perjuangan dakwah di bumi Nilai dengan lebih giat lagi...

Adalah diakui Dakwah IRKSS melalui society ini agak slow mungkin kerana kelemahan pihak kami juga. Tapi, kami tidak mungkin bergerak maju tanpa sokongan para sahabat IRK yang lain...

Semoga selepas ini, dengan wujudnya ning.com , duniairkss..bolehlah di bincangkan apa yang sepatutnya ahli IRKSS boleh sumbangkan untuk ISLAm di NILAI khasnya..

AGM akan di adakan dalam minggu depan. Sama-sama melakukan solat hajat agar pemimpin yang bakal naik mampu dan mantap dari semua aspek..AMIN, TAKBIR!