Monday, January 19, 2009

Anak SULUNG Kami!!!

Assalamualaikum pembuka bicara...

Di sini dengan sukacitanya irkss 08/09 ingin mengumumkan bahawa...anak sulung kami telah berjaya dilangsungkan dengan penuh bersemangat!

Tanggal 17 januari adalah tanggal yang begitu bermakna bagi semua majlis tertinggi irkss kerana telah menjayakan antara misi yang paling utama untuk semester ini. Bak kata tuan presiden,

"apa apa pun, ana akan pastikan program anak sulung ini mesti terlaksana.." Lebih kurang begitu lah..kata-kata beliau dalam setiap mesyuarat yang dibuat.

Entah berapa kali mesyuarat yang telah berlangsung hanya untuk memastikan program ini berjalan lancar...

Walaupun sambutan yang diberikan oleh pelajar IRK sendiri kurang memuaskan ...Namun, kami tidak mahu menyalahkan sesiapa...kerana ternyata kami perlu berlari dengan lebih pantas untuk mendapat tempat di hati para pelajar IRK sendiri...

Antara suasana yang berlaku pada sekitar sehari sebelum program dan pada hari itu....

16 januari 2009...



Ada meeting...petang tu...walau hanya sekejap, yang pasti semua mainboard merasai debaran yang luar biasa.

Malam sabtu jugalah...ada talk yang dibuat oleh Biro Ekonomi...alhamdulillah sambutan agak baik..

Ada yang tidak lena tidur.. demi menyiapkan multimedia presentation.

"Sejuta kemaafan sekiranya persembahan multimedia itu kurang memuaskan, namun itulah yang terbaik ..yang kami mampu..."-orang yang buat multimedia presentation.

17 januari 2009

Kini tibalah masanya...

Seawal pukul 8 pagi berkumandangnya pengumuman di mahallah ummu salamah blok E dan D...
Yang menyatakan masa pendaftaran dan jemputan supaya semua banat IRK bersama memeriahkan majlis itu....

Begitu juga mahallah Abdul Rahman 'Auf...pengumuman itu adalah untuk menjemput para banin IRK supaya sama-sama hadir..

Para mainboard dan sub committee bersedia di dewan...

Membawa doorgift...
mempersiapkan PA system...
Multimedia ...

Tunggu punya tunggu....akhirnya program bermula jua walaupun bahagian banin dan banat hanya beberapa kerat ...tapi seperti biasa...banat lebih ramai...

syukran pada semua yang hadir awal....

Pengerusi terus berucap...dengan santai....yalah...program kan bertemakan santai...
Dari pengenalan tentang irkss sampai outcome yang ingin dicapai daripada program ini....

Agak sebentar...majlis terus diteruskan dengan pertandingan melukis logo ...

Ada beberapa masalah timbul...pensel dan pemadam lupa disediakan!

Tapi dapat juga diadakan walaupun lambat...

Masa yang diberi untuk mereka melukis agak lama...sehinggakan masa makan pun terlanggar...maksudnya, masa untuk tea break mereka tetap melukis...begitu bersemangat!

Yang membuatkan para komiti terharu..banat semakin bertambah dan bertambah...begitu juga banin...syukran sekali lagi...

Bila masa habis...semua masuk dewan..untuk sessi multimedia presentation...sementara para committee mencari pemenang di bilik mesyuarat...

Akhirnya...pemenangnya atas kata sepakat para juri telah disandang oleh...KUMPULAN ZAS...
Kumpulan yang terdiri daripada banin iaitu Hamzah, Salih dan Zulkifli.

Tahniah buat mereka...memang unik logo yang dihasilkan.

Sessi bersama Pimpinan IRKSS gombak ....Mereka yang datang sungguh berbesar hati untuk mengadakan sharing moment dengan pelajar IRK samada tahun pertama dan tahun kedua...tapi terpaksa berpuas hati untuk berkongsi dengan pelajar yang hadir sahaja.

Jadi untuk mengetahui maklumat mengenai apa yang dikongsi pada hari itu...sila berhubung dengan mana-mana AJK yang terlibat.

Maka ...berakhirlah aktiviti untuk sebelah pagi...

Malamnya pula....Ada ceramah...

Penceramahnya...Dr. Azizan Ahmad(PHD Sc & Tech), pensyarah UKM,...Subahanallah ...Hanya yang datang sahaja yang merasai kehebatan lontaran kalam oleh pensyarah ini...

Dengan kupasan..yang merangkumi Dunia hari ini dan apa peranan kita...dan krisis dunia antara doa dan usaha.

Syukran buat beliau..

Tamatnya ceramah itu...maka tamatlah program anak sulung kami...

Apa harapan kami???

Semoga selepas ini, semua pelajar IRK memberikan sokongan yang jitu terhadap apa sahaja program yang kami jalankan...

Kami memohon sejuta kemaafan jika terdapat ketidakpuasan hati dari kalangan para peserta...

Sebelum terlupa dan dilupakan...satu lagi program yang agak istimewa telah dijalankan oleh Biro Sukan dan Rekreasi iaitu Rehlah Ke Taman Islam...Semoga para peserta yang telah menyertai rehlah itu boleh berkongsi pengalaman dengan menulis dan menghantarnya ke EMEL IRKSS 08/09 ..maka kami akan publih hasil tulisan kalian ke dalam blog..selepas melalui proses pengeditan. ^_^

Sebelum tetikus menekan butang "Terbitkan catatan"...

sekali lagi...pihak irkss08/09 memohon maaf jika ada sebarang kata-kata atau ayat yang menyinggung mana-mana pihak..

SALAM UKHUWAH FILLAH ...
By,

irkss 08/09

No comments:

Post a Comment