Saturday, December 27, 2008

Liqa' IRKSS banat

Tanggal 25 Disember 2008,

Satu perjumpaan telah diadakan antara Mainboard IRKSS dan wakil pelajar IRKSS di musolla Blok E.

Perjumpaan yang kebetulan diadakan ketika malam krismas itu telah melakarkan beberapa keputusan bersama antara mainboard dan banat irkss.

Antaranya ialah...mereka bersetuju untuk mengadakan pemungutan yuran sebanyak seringgit sebulan. Alhamdulillah...(kalau tak, seringgit satu semester!)

Selain itu, mereka telah bersetuju untuk mengambil foto kenangan.
Foto ini akan diabadikan dan mereka bolehlah membelinya jika mereka mahu simpan sebagai kenangan.

seterusnya, mereka bersetuju untuk memulakan operasi untuk menghasilkan produk IRKSS di bawah tajuk 'Greeting Dedication'.

Kilang produk ini dicadangkan supaya dibuat dalam blok E.

Program spiritual juga telah dilancarkan...iaitu qiamullail setiap malam jumaat selepas mid sem ni.

Akhir sekali...mereka telah mula menyahut cabaran untuk menghantar karya masing-masing untuk tujuan simpanan post blog IRKSS.

Wah sejuta tahniah untuk IRKSS banat!!!

Harapnya...IRKSS banin dapat menganjurkan perjumpaan untuk IRKSS banin juga..

Rasanya setakat ini saja yang dapat kami umumkan..

Syukran.

No comments:

Post a Comment